Followers

Sunday 26 August 2012

~Raya+Bowling~

FuhhhhhHHhhhh...assalamualaikum :)
Firts sekali let me wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua,mohon maaf Zahir dan Batin.Opss,,zahir je kot,batin takde lagi.So,camner raya korang?Mesti meriah giler kan..biasalah,namapon raya..tahun neh raya bagi aku not badLah,okeh-okeh je..nak kata best sangat tue takdelah,just ala kadar.Hmmm..pejam celik pejam celik dah dua kali raya dah aku beraya tanpa Abah..takpe walau apapon,aku tak pernah lupa.Al-Fatihah~~
Hmm,berbeza dengan tahun-tahun yang lain,for this year kitaorang balik beraya kat kampung.Memang mati kutulah aku kat kampung tak beraya pon.pagi-pagi raya macam biasa dah settle semua,bersalam,makan TIME!!!Saat yang ditunggu-tunggu selama neh..okeh,part yang paling bosan.Mak,m.cik-m.cik,p.cik-p.cik t.wan and t.cah sume keluar beraya.aku je kat rumah keje makan tido,makan tido..hahaha.Yes! for your information balik raya neh,berat aku gain up sebanyak 2kilos okeyh,hahahha..BUKTI untuk menyatakan yang takde keje time raya.Aktiviti haram neh berlanjutan sampai raya ke 2.Opss!lupa nak share myHeartbeat datang ke kampung pada petang raya tue.Siap baju sama kaler lagitau..:)HIPHIP HOoreyy!
And this what we call RAYA.Berjalan sakan aku dengan member-member.Yelah,dah pasang angan selama 2 hari dah.



Bukan senang nak dapat berkumpul ramai-ramai.Bila dah berkumpul macam-macam idea lah yang kuar.Erm,family day best ever!hehehe...yang taknak main pon dah jadi lembu naik minyak.tak nak henti-henti plak dia nak lambung.kahkah.Takpe,pada yang kalah,kita repeat on the next game :)


 ------------------------
----------------
----------
-----
--
-
ME



Saturday 4 August 2012

HATI~




♥ SEBELUM KITA MENCINTAI SESEORANG ♥
"Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi.. Pada insan yang tak mengerti.. Kerana,sekali kita memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana,sekali kita dilukai, sampai bila2 tetap kita ingati..Pesan lagi pada diri, hati2lah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI."

SAYANG~



Salam,sorrylah kalau korang ada terperasan  a few entry sekarang neh banyak yang berjiwang karat ke apa ke.Yang mana ada entry yang kena sembur tue..abaikan jew.hahaha,ada aku kisah.
Sayang??kalau dipikir-pikir balik antara lelaki dengan perempuan yang mana lebih senang nak ungkapkan rasa sayang,mesti semua nak tunding jari kat perempuan kan..Hehe,aku tak nafikan..majority macam tue,yang tak tergolong dalam group tue jangan nak hangin plak.Baguslahh dapat jadi macam tue,tak senang SAKIT JIWA kalo kena tinggal.Hahaha.For myself,agak susah nak sayang orang tapi kalo dah sayang,kena tinggal...tue yang PEDIH tue..adoii...

So,kepada yang tak reti nak sayang orang lain selain dari diri sendiri,camner?There are some tips for you.Lain orang,lain caranya,so this is myway:)
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika kita meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, hubungan tue akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia memang seorang yang istimewa dan biarkan ianya tetap begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali kita mengubah, selamanya kita akan terus mengubah dirinya. Tentu kita masih ingat, kita terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk kita mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain. Tapi kalau mengubah dia kearah lebih baik, itu adalah digalakkan. Contohnya dari freehair kepada bertudung 
3. Sayangi dia SEPENUH HATI.ops tercapslock plak. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk kita. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tetapi demi cinta, dia telah memilih diri kita. Maka, jangan sesekali mempermain-kan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan kita merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta kita kerana kelak, yang kita akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri kita akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah cukup sempurna semenjak kita mulai terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga menginginkan begitu darinya. Pastikan kita akan sentiasa meletakkan diri kita di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika kita sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kita mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati kita kepadanya untuk dilukai tetapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga. Sebab tu la cinta lepas kahwin lebih afdal.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan – lahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri kita, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak kita peroleh setelah kita mengahwininya dan berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih kita adalah kerana dia percaya bahawa kita adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Kita telah bersusah payah dan berusaha dengan daya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus mencintai dirinya walau apapun keadaannya. 
11. Belajar la mencintai orang yang hari ini masih milikmu sebelum dia pergi dari hidupmu....Hari ini mungkin dia masih mencintaimu,,,,tapi mungkin esok tak akan ada lagi cinta untukmu dan mungkin esok kamu yang akan lebih mencintai dia ketika dia telah pergi.....Jadi jangan pernah sia-siakan cinta yang sekarang ini mengisi hatimu


p/s : kepada yang bakal nak menghentam aku,awal2 lagi aku dah cakap neh caraaku...kalau rasa salah ke,keterlaluan ke apa ke.simpan-simpan je dalam hati korang yeap? :)
tapi engat,LELAKI mana yang datang kepada si perempuan untuk TUJUAN BERCINTA dan bukannya untuk berkahwin, maka lelaki itu adalah FASIQ.. :p




PERMULAAN YANG INDAH~

ASSALAMUALAIKUM.

Kadang-kadang kita tidak pernah sedar..
Kita tidak pernah tahu bahawa ada orang yang sentiasa ambil tahu pasal kita...
~ dia intai kita dalam senyap.
~ dia bukak wall fb kita setiap hari untuk tengok post terbaru walaupun kita bukan jenis yang rajin post.
~ dia tengok semua gambar kita dalam album
~ dia tengok semua tanpa tinggalkan sebarang kesan dan jejak.
~ dia baca setiap post dalam fb kita hanya sekadar membaca tanpa sebarang reaksi.
~ dia dengar setiap masalah kita walaupun masalah itu tentang kita dan kekasih kita.
~ dia siap cadangkan lagi jalan penyelesaian yang membina,walaupun kadang-kadang hatinya terluka.
~ dia ambik berat dan ambil tahu tentang kita.
sampai suatu hari dia tidak ada bersama kita
dia menyepi seketika dan kita merasa ketiadaanya kita sunyi tanpa dia
kita rasa ada yang kurang dalam hidup tanpa gelak ketawa bersamanya
itulah sebenarnya yang bernama CINTA
kadangkala sukar membezakan antara sayang dan cinta
~antara kasih dan sahabat
~antara kemahuan dan keperluan
kerana kita tidak pernah sedar apa yang melintas diruang masamu....

...sesekali kita perlu DERITA
untuk mengenal erti BAHAGIA...
...sesekali kita perlu KECEWA
untuk kita kenal erti KEJAYAAN...
...sesekali kita perlu MENANGIS
untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi... ...sesekali kita perlu TERHIRIS
untuk kita kenal DIRI SENDIRI.