Followers

Saturday, 4 August 2012

SAYANG~



Salam,sorrylah kalau korang ada terperasan  a few entry sekarang neh banyak yang berjiwang karat ke apa ke.Yang mana ada entry yang kena sembur tue..abaikan jew.hahaha,ada aku kisah.
Sayang??kalau dipikir-pikir balik antara lelaki dengan perempuan yang mana lebih senang nak ungkapkan rasa sayang,mesti semua nak tunding jari kat perempuan kan..Hehe,aku tak nafikan..majority macam tue,yang tak tergolong dalam group tue jangan nak hangin plak.Baguslahh dapat jadi macam tue,tak senang SAKIT JIWA kalo kena tinggal.Hahaha.For myself,agak susah nak sayang orang tapi kalo dah sayang,kena tinggal...tue yang PEDIH tue..adoii...

So,kepada yang tak reti nak sayang orang lain selain dari diri sendiri,camner?There are some tips for you.Lain orang,lain caranya,so this is myway:)
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika kita meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, hubungan tue akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia memang seorang yang istimewa dan biarkan ianya tetap begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali kita mengubah, selamanya kita akan terus mengubah dirinya. Tentu kita masih ingat, kita terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk kita mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain. Tapi kalau mengubah dia kearah lebih baik, itu adalah digalakkan. Contohnya dari freehair kepada bertudung 
3. Sayangi dia SEPENUH HATI.ops tercapslock plak. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk kita. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tetapi demi cinta, dia telah memilih diri kita. Maka, jangan sesekali mempermain-kan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan kita merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta kita kerana kelak, yang kita akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri kita akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah cukup sempurna semenjak kita mulai terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga menginginkan begitu darinya. Pastikan kita akan sentiasa meletakkan diri kita di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika kita sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kita mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati kita kepadanya untuk dilukai tetapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga. Sebab tu la cinta lepas kahwin lebih afdal.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan – lahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri kita, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak kita peroleh setelah kita mengahwininya dan berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih kita adalah kerana dia percaya bahawa kita adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Kita telah bersusah payah dan berusaha dengan daya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus mencintai dirinya walau apapun keadaannya. 
11. Belajar la mencintai orang yang hari ini masih milikmu sebelum dia pergi dari hidupmu....Hari ini mungkin dia masih mencintaimu,,,,tapi mungkin esok tak akan ada lagi cinta untukmu dan mungkin esok kamu yang akan lebih mencintai dia ketika dia telah pergi.....Jadi jangan pernah sia-siakan cinta yang sekarang ini mengisi hatimu


p/s : kepada yang bakal nak menghentam aku,awal2 lagi aku dah cakap neh caraaku...kalau rasa salah ke,keterlaluan ke apa ke.simpan-simpan je dalam hati korang yeap? :)
tapi engat,LELAKI mana yang datang kepada si perempuan untuk TUJUAN BERCINTA dan bukannya untuk berkahwin, maka lelaki itu adalah FASIQ.. :p




No comments: