Cantik sangat BINTANG malam neh! Nak jadi macam BINTANG.Semua orang kagum dengan keindahan BINTANG.Bersinar!So,saya pon nak bersinar-sinar jugak..Bolehkan? :)
Followers
Tuesday, 31 January 2012
Just say sorry for all the mistake that i do.I need you attention!!No words can describe how much that I LOVE YOU.
To MFAB > Im sorry ;(
Monday, 30 January 2012
>bila ada yang SAYANG , jangan lukai hatinya
>bila ada yang CINTA , jangan kamu titiskan airmatanya
>bila ada yang MENANTI , pastikan kamu menanti
>bila ada yang SETIA , lakukan benda yang sama
>bila ada yang PERGI ,kejarilah selagi merasa dia bererti
#Kerana bila dia tiada di sisi,kamu akan sunyi dan sepi.Hargailah insan yang kamu sayang selagi mereka masih ada.Bersyukur dan terimalah seadanya#
Ya Allah,aku akan berhenti mengeluh dan aku sudah berhenti mengejar sesuatu yang tidak pasti.Aku pasrahkan segala urusan ini kepadamu,sekalipun aku sudah menguburnya dalam-dalam.Namun harapan itu masih menyala dalam hamparan rasaku tetapi dayaku telah habis untuk bertahan pada keadaan ini.Biarlah harapan itu hanya engkau saja menyelesaikannya.Aku masih menginginkannya tapi hanya menanti sesuatu
yang pasti dan terbaik darimu.Denganmu atau tanpanya asalkan engkau pasti aku bahagia dan aku akan tetap bertahan dengan keyakinan.Ya Allah,aku akan disini dalam sujud dan cinta yang penuh untukmu.Aku tahu,semua ini terjadi kerana ketetapan dan aku ikhlas.Sakit dan lelahku adalah harga yang tidak seberapa dibandingkan kelalaian dalam sujud padamu.
Awak kata awak sukakan hujan,tapi bila hujan awak keluarkan payung
Awak kata awak sukakan matahari,tapi bila panas awak cari tempat yang redup
Awak kata awak sukakan angin,tapi bila angin bertiup ke arah awak awak tutupkan mata awak
Sebab tue saya risau bila awak kata awak sukakan saya
Awak kata sukakan saya,tapi bila saya datang kepada awak,awak beralih ke tempat yang lain..
Sebagai manusia yang lemah aku tak pernah akan lari dari rasa tak bersyukur dengan apa yang dah aku miliki
Yes!memang manusia tak pernah puas termasuklah aku
Bukan aku mintak segunung emas,disanjung terlalu tinggi,tapi cukuplah sekadar kehadiran aku neh dihargai
Aku tak impikan hubungan yang manis berkekalan
kata orang "hubungan mana yang nak sweet je,sekali sekala ada jugak sournya,barulah hubungan tue bertambah utuh"
Tue kata orang,bagi aku "I NEED YOU" in a second,minutes,hours,day,weeks,months and surely for years and i need your attention always.Lantak la orang nak kata aku neh selfish or what that the true me.
Malas nak jadi hipokrit.hati tak sanggup pon,sebab nak tunjuk baik gigit lidah sendiri makan dalam.Huh!
Pernah sekali aku rasa kehadiran dia macam penyeri dalam hidup aku,but now macam dah samar-samar.Kalau dulu message dalam inbox terpaksa didelete sebab dah full,sekarang..hmm..boleh biar untuk 2 3 days kot.
Entah la,aku akui memang banyak kitaorang spend time together but our love stop there only.Macam hubungan tak grow up pon.Masa untuk calling-calling pon dah takde.Kalau dulu,boleh je call sampai 3 4 pagi,now dah xde.Mesti kata ngantok.Thats the real man kan?Mula-mula kenal manis je,dah lama macam neh la.Hmm,kalau macam tue susah la asyik nak kena kenal balik dari mula.
Terasa tue memang terasa,tapi malas nak tunjuk sangat.Nanti dikata mengongkong plak.Lagipon aku sepatutnya sedar the real relationship kitaorang neh.Masing-masing memendam rasa.Mungkin dia taknak terlalu serious ngan aku kot.Sebab kalau dalam FB boleh kata status kitaorang neh complicated lah kiranya.Hmm..Biarlah masa yang menentukan.Takkan lari gunung dikejar.
>>I only hope that yang dia takkan berubah.Just be like before this and hope he will realize for what reason i chooes to be with him.Jangan buat aku rasa macam lelaki neh semua sama je.Taknak pisang berbuah dua kali..Kepada DIA,i know that you'll read this and i hope you understand what i feel.I just need your love,your attention back.If you're hurting when you read this,im sorry.Tak salah untuk meluahkan apa yang saya rasa.
#iloveyousomuchandhopeyoufeelwhatifeelONLYYOUIHOPE#
Tidak ada PERATURAN dalam dunia jika kita suka pada seseorang,seseorang itu KENA suka pada kita balik.Ada jodoh,adalah..jika tidak ada jodoh,BERKAWAN saja.Allah janjikan bahagia itu untuk semua.
<<Jangan letakkan seseorang itu HAK MILIK kita selagi kita tiada ikatan AKAD NIKAH belum terpatri dalam hubungan yang dibina.Semuanya terletak pada ketentuan Allah.Berdoa !
Saturday, 28 January 2012
Itulah manusia,tak pernah nak puas dan bersyukur dengan apa yang dah dimiliki.Aku pon tak terkecualilah,nama pon manusia.Hehehe..Now,aku tengah jadi penganggur yang terhormat kat rumah.Makan tido makan tido.Tue jelah keje aku kat umah neh.Hellooo ! Itu nak menunjukkan yang aku neh langsung tak buad keje rumah okey! Mesti la buad,mau mati kena bebel ngan mak.Kalau ada anugerah maid terbaik kat umah neh,surely lah aku yang akan menang but kalah kalau bab-bab memasak neh.Yelahh selera orang mana nak sama ngan kita kan?Hmm..disebabkan kes-kes tertentu majority kalau bab-bab memasak neh aku serahkan pada Puan Besar.Mak akuLAH !Ops..dah panjang sangat melalut..
Back to the point lah.Hmm..miss my student life so much!Rindu nak p kelas,rindu nak lepak-lepak ngan member,rindu nak buad asemen,rindu nak bergosip ngan member,rindu nak makan,minum,tido,gelak.nangis and share sory mory ngan member.Rindu nak rasa cuak bila ada test,rindu nak kena marah ngan lect,rindu nak bawak toyol waktu test,rindu nak dengar citer Miss Aida even citer tue dah banyak kali die citer.Bak kate dak-dak laki kelas aku,neh ASTRO.Hahaha..Kita layan je kan die sebab nak bagi masa habis cepat dan hilangkan rasa cuak ngan die.Rindu nak p KAROK ngan korang.Rindu nak makan besar ngan korang.Then banyak lagi lah! Paling aku rindu nak buad keje jahat ngan ko ADD.Skodeng!Fuhhh banyak sangat kenangan ngan korang.Yelah 3 tahun kowt together.Gaduh-gaduh tue dah biasa sangat la kan.:)Citer banyak pon tak guna,tak tergambar.
Lets the pic story now..
.
Sweet moment ever!
Our buddies here!Jeng jeng tersama colour baju plak.Kita xde janji pon kan?Haa,jangan bawak gosip ye.Bahan yang korang bahankan tue tak menjadi.:)
When the ladies enjoy!Hoyeaahh..Takde keje cari keje,habiskan duet hujung minggu.Ina,thanks for the car.
PIZZA tyme!Thanks Fathin sebab belanja kitaorang.Hehehe...Botak kepala kan layan dorang punya request menu.Aku makan je.Huhu..Erghhhhh!Kenyang..
First tyme buat keje giler.P Jusco pakai baju kurung.Dah macam ustazah pilihan masuk Jusco,geng nasyid pon boleh bak kata Pian and Syuk.
Sweet kan kita.Yes,memang pon.
Ala-ala konvoi gitu kan?Huhu.First tyme kita bukak pose-pose same.Thanks King and Nal coz sebab dah cari tempat yang betol2 tak rugi kalau tengah lapar..BESAQ habaq mai!Nasi Ayam Bachang,Melaka.After selesai yang WAJIB,kita p Fun Fair kan..Best ever!Kalau ada lagi video,nanti upload.hiew hiew.
Tyme PPKP yang paling best for BM1154A kan?Sape kata budak-budak insurance tak active in sport?Huh! tengok kaki la.Bak kate King,kami budak-budak unite in sport ok.
Tyme buat open house kat rumah kitaorang,then buat suprise bufday aparty untuk ina.Habis rumah penuh ngan tepung dan telur.Thanks to Miss Zamratul sebab sudi datang kat event kemuncak kiteorang neh WALAUPON indah khabar dari rupa.Yang penting kenyang perut and we're fun right?Yeppy!
Umbai.Sapa yang dok Melaka tapi tak sampai sini memang rugi la kan?Hmm,so kitaorang tak lepaskan peluang.Actually banyak je lagi pic tyme neh,tapi neh yang the best.
Tyme part 1,funFair!
Belakang kiri : mun , ika , aku
Depan kiri : farah , add
Dulu berlima sekarang bertiga.ADD , MUN kita kawan sampai mati kan?Banyak yang kita share sama.
SUKOL! TEam aku menang.NO 1 tau .Mesti korang pelik kan nape dorang neh suma xde pon dalam pic-pic yang sebelom neh.Hehe..Actually,neh suma junior aku , budak part 1 tyme neh aku part 4.Member-member aku tak pernah terlibat dengan sport,so aku sorang jela.Tapi yang paling best dorang sanggup turun padang untuk bagi semangat kat aku.Thanks ye.
Neh team FUTSAL aku tyme sukol.NO1 jugak oke, walaupon tak pernah turun berlatih.Tengok keeper la.Hehe..Neh pon sama, suma junior aku.Malam yang sama,kitaorang main untuk 2 game yang berlainan.Kuat kan kitaorang.Bak kate Ija, main sampai LEBAM!Akibatnya, esok suma berjalan mengengkang.Sakit kaki.Main tak engat dunia.Hehe..But we have fun giler kan?
Thanks sesangat coz dah bagi sweet moment ever dalam hidup aku.Hope kita dapat futher study same-same lagi at the same class,same campus and all will be same.Azzren,nickname yang ko bagi kat aku lekat sampai sekarang doe.I your KATIK's right and you're my AYAM DAGING right?Empuk doe!KATIKKKKK!Rindu kat ko seyh.Hehe..Mun,thanks sebab ko selalu ngan aku even pada waktu susah or senang.Ko pernah tengok macam mana aku jatuh dulu and ko lah yang bagi semangat kat aku.Thanks a lot MUN!DAri mula-mula aku masuk kat u tue ko lah orang pertama yang aku kenal.Kitalah roomate,housemate,classmate,sleepmate,gossipmate,and senang cakap ada ku ada la ko,ad ko ada la aku.TERKECUALI time dating!hehehe.Ko kawan terbaik aku.
The conclusion here is, aku rindukan masa-masa bila bergelar seorang PELAJAR.
"Jadilah kamu bagaikan pohon yang rendang dimana insan dapat berteduh.Dan janganlah kamu seperti pohon yang kering dimana tempatnya sang pungguk melepaskan rindu dan hanya layak dibuat kayu api"
Hiew hiew..
Nak gelak besar malam neh.Ops! malam ke mira oii...dah kol 1.44 pagi neh.Hahaha..Tak sangka mira boleh jadi pelakon yang hebat.Kalau ada anugerah tadi,mesti punyalah aku yang menang.Sorry ye awak.Tue la sapae suruh carik pasal lagi.Kan dah kena.Wuekk!Lain kali jangan buad dah.Satu awak bagi,sepuluh saya balas.Hmm,kejam kan?Tau takpe,biar saya yang jawab.
Owh,engat awak je yang boleh buad?Huh!Jangan lupa sape lawan awak.Kita kan nak jadi geng?huhu..Best la kenakan awak.Muka cam bengang je,nasib la awak sayang saya kan?Terperasan la pulop!Sabar jela.Apa-apa pon nasib baik lah sempat nak terus terang tadi.Kalau takkkk,,,,nyesal tak sudah la.Tapi seriously,nak je gelak besar-besar tadi.Awak mesti marah saya kan,tapi nasib baik lah saya neh cute kan awak?Tak jadi awak marah.
zzZZZZZZZZZZZZzz
Hmm..dah ngantok la pulak.Tapi apa-apa pon tadi memang the best thing ever i had with you lah!hiew hiew hiew~~~SORRY ye kalau awak marah or terasa.Saja nak membalas dendam ngan awak.Lain kali jangan buad dah ok?Muaahhhhhhhhhhhhhhhhhh!
Friday, 27 January 2012
Seriously,kali neh memang aku sentap habis dengan ko!Even benda tue aku salah pon aku still akan sentap.Huhh(!)Yes, kalau ko tahu ko tak suka orang pukul-pukul ko,cubit-cubit ko jugak kena faham bila aku tak suka ko pandang @#$@% aku.Tolong terima boleh(?)Tak kisah la ko nak terima or tak,you must accept it(!).
Hmm ,
Lagi satu dari mula ko kenal aku pon ko dah tahu yang aku neh jenis yang kasar,yang tak reti nak berlemah lembut macam perempuan-perempuan lain yang ko kenal.So,kenapa sampai sekarang nak pertikaikan benda tue.Kalau ko tak boleh terima cara aku,just let me go.Jangan paksa diri ko untuk terima aku dengan seadanya sedangkan hakikatnya ko memang terluka giler.Tak perlu ko nak berkorban dengan aku,sebab aku tahu aku takkan dapat jadi sepertimana yang ko nak.Ego(?)Memang aku akui aku ego.Tapi ego aku bukan aku tak berusaha untuk memulihkan keadaan.Aku dah gitau dari awal jugak yang aku neh bukan jenis yang suka memujuk.Tapi tue tak bermaksud aku takkan cuba untuk memujuk.Aku tak pandai untuk pujuk ko dengan cara yang ko harapkan.Sekali dua aku try untuk bercakap,bila ko buad taktahu jugak,so aku akan biarkan.Aku malas.Yes(!)im complicated for you right(?)So,better you think again before you try to come close to me.Jangan menyesal bila aku tak dapat jadi yang macam ko harapkan.
Bila aku berusaha nak cakap ngan ko,ko buad macam aku bercakap ngan batu,dengan cermin,yes itulah yang aku rasa tadi.Sentap weyh(!!!!!)Sakit hati(!!!)Bila ko berkeras ngan aku,sepuluh kali lagi aku berkeras ngan ko.Memang,memang aku jenis yang suka membalas.Ko pon tahu kan(?)Aku boleh jadi sekeras-kerasnya bila ko berkeras ngan aku.Aku boleh jadi sekejam-kejamnya bila ko kejam ngan aku.Aku boleh jadi sejahat-jahat orang bila ko buat jahat ngan aku dan aku boleh jadi sedingin-dinginnya bila ko cuba mendingin ngan aku,terpulang lah ko nak buad andaian apa tentang aku,aku malas nak pikir.My attitude is based on how you treat me.I might be nice and i might be so rude.So do try me.
And i know now YOU're reading this entry and you'll be asking me about this entry right(?)Yes this is for you.Sorry kalau ko terasa or what ever it is.This is me(!)Aku taknak jadi orang lain.Kalau aku terasa,aku akan cakap aku terasa and aku akan pastikan yang ko sedar yang aku neh memang terasa ngan ko.Ko perasan kan yang aku ngah terasa ngan ko(?)Tue jenis aku,aku malas nak sorok-sorok buat makan dalam je.Aku tak paksa ko ikot rentak aku,kalau xboleh nak terima,just tell me the truth.
Kalau ditakdirkan waktu ko baca entry neh kita dah berbaik,just say sorry la.Tengah sentap memang macam neh.Mood tak stabil.Taip ikot sedap hati je.Tapi ini yang terbaik,apa yang ko baca neh datang dari hati aku.Aku tak tipu.Jujur.Hmm..tengok mesej pon xde mood.Tapi hati nak balas jugak!Saje nak tunjuk perasaan.
Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan yang tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.Dia mendapati ayah kepada seorang budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang menunggunya.Apabila si ayah melihat doktor itu,die terus bertekak.
"kenapa ambil masa yang lama untuk datang?"
kamu tahu kan yang anak saya dalam bahaya?
kamu tak ada rasa tanggungjawab ke?
Dengan tersenyum lalu doktor menjawab "saya minta maaf,saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan.Dan sekarang saya minta anda bertenang supaya saya dapat buat kerja saya."
"bertenang kamu kata ???"
kalau anak kamu yang berada dalam bilik tue sekarang apa yang kamu rasa?Boleh kamu bertenang??
kalau anak kamu mati sekarang neh apa kamu buat??
doktor hanya tersenyum dan berkata:
saya akan tersenyum dan berkata bahawa Allah telag berfirman dalam kitab yang suci
"daripada Allah kita datang dan kepadanya kita kembali"
doktor tidak mampu memanjangkan hayat seseorang..
--------------------pembedahan itu mengambil masa beberapa jam---------------------------------
Tidak lama kemudian doktor keluar dengan gembira "alhamdulillah anak anda selamat"dan terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah.
"kenapa doktor tue sombong sangat"
"tak boleh ke die tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya??"
Jururawatberkata sambil airmata mengalir dipipinya.
Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya.Dia berada dalam upacara pengebumian anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik.Dan sekarang dia telahpon menyelamatkan nyawa anak encik,die tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumian anaknya.
~B.A.H.A.G.I.A~
That's what i feel right now.
Terima kasih ye AWAK sebab dah menceriakan malam saya.Tanpa AWAK saya takkan dapat rasa apa itu kasih sayang yang dah lama saya harapkan.Hadir awak dalam hidup saya ibarat langit dan bumi,malam dan siang,pasir dan pantai,MATAHARI dan BULAN.Ops (!) terbesar pulak yang tue.Hehehe
Awak ,
Thanks sebab selalu ada ngan saya.Selalu mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk saya.Sentiasa mengalah dengan kehendak saya.Sentiasa berlembut dengan kekerasan saya.Sentiasa berusaha untuk mendengar setiap tutur kata yang kadang-kadang membosankan.Yes(!)Saya betolkan awak(?) Hmm..thanks sesangat.Saya akan cuba untuk menghargai setiap susah payah awak tue.
Kenapa saya minta kepada Allah setangkai bunga segar,DIA beri kaktus berduri.Saya minta kupu-kupu,diberi ulat berbulu.Sedih dan kecewa.Namun,kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pon menjadi kupu-kupu yang cantik.Now saya percaya,itulah jalan Allah,indah pada masa yang ditetapkanNya.Allah tidak memberi sepertimana yang kita harapkan sebab Dia telah mengatur yang terbaik untuk hidup saya.
Terima kasih Allah sebab telah mengurniakan awak dalam hidup saya.Mungkin dulu saya pernah jatuh sebab kehilangan tapi sebab adanya awak,saya dah berjaya bangun untuk menjadi seorang yang lebih kuat dan lebih menghargai setiap detik kehidupan.Hidup ada pasang dan surutnya.Mungkin semalam saya berduka,mungkin esok saya akan gembira.Setiap dugaan dan ujian yang kita hadapi segalanya ada hikmah disebaliknya.Kadang-kadang kita tak sedar dugaan tue sebenarnya menjadikan kita lebih kuat dan matang dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.
Now i realize that,kenapa dulu dipertemukan dengan orang yang salah.Sebab AWAK(!)Awaklah pelangi indah yang selama neh yang saya tunggu-tunggu.
UNTUK AWAK :
Thursday, 26 January 2012
Assalamualaikum..
Hmm,for this time entry neh aku tujukan khas kepada someone yang mungkin aku dah sakitkan hatinya atau pape jela.Yelah,dalam keadaan yang marah dan geram mungkin aku tak sedar yang aku dah jejaskan banyak pihak.Aku tak dapat nak berfikir mana yang baik dan tidak.Mintak maaf sesangat,walhal tue bukan yang aku maksudkan.
Kepada insan yang tak pernah dikenali,
Facebook yang telah memperkenalkan kita
Walaupon tak pernah berborak panjang lebar,kita tetap jadi kawan yang baik
Awak like status saya,saya pon like status awak
Kadang-kadang awak ada letakkan kata-kata semangat awak kat status saya TAPI saya tak pernah pun komen status awak
Awak tak kisah pon kan?semuanya bersebab.Surely now you know why kan?Hmm (',')
Tak pernah terniat dalam hati pun nak sakitkan hati awak
Tak pernah terniat dalam hati pun nak bebankan awak
Tak pernah terniat dalam hati pun nak letakkan awak dalam keadaan yang serba salah
Tak pernah terniat jugak dalam hati neh nak bagi sume orang terjejas.
Im sorry for that :(
Sebagai insan yang tak pernah lari dari membuat kesilapan,saya akui kadang-kadang saya neh terlampau mengikut perasaan.Terlalu cepat membuat keputusan.Mungkin itu kelemahan yang ada pada saya dari dulu hingga sekarang.Bukan lari dari memberi penjelasan,tapi setiap kali kata-kata yang keluar dari hati neh akan tinggalkan kesan.Cukuplah sekali.Saya tak kuat awak.Seriously saya takkan halang awak dari merasa apa itu BAHAGIA,GEMBIRA,dan DISAYANGI.Its all yours~Siapa saya untuk menghalang.Awak berhak.
Dan bermula dari hari neh,saya dah mula menerima awak dan dia.Berpegang dengan prinsip2 yang sama walaupon hati awak dah berubah.Oke?Tahniah ye.Bukan nak bermuka-muka dalam keadaan sekarang.Belajar menerime kelebihan orang lain.Jangan risau,apa yang terjadi neh ada sebab dan alasan yang tersendiri.Tapi,biarlah awak dan saya neh dalam keadaan yang macam neh.Biarlah Facebook menjadi permulaan dan pengakhiran perkenalan saya dan awak.Tak sanggup untuk melihat setiap saat manis awak dan dia.Dia pernah menjadi seseorang dalam hidup saya,dan semestinya ada sekelumit rasa kecewa dan hampa dalam hati neh.Hope awak faham kenapa seandainya awak dalam keadaan saya.Boleh kan?Itu sahaja yang saya mintak dari awak.Saya perempuan dan awak pon perempuan,so takada masalah untuk kita saling memahami.:)
Kepada awak(ye,yang sedang membaca)selamat berbahagia ye.Abaikan setiap masalah yang pernah berlaku antara kita.Hidup takkan pernah lari dari diduga.Yang berbeza mungkin cara penerimaan kita.Sekarang kita 0-0 ye..
For you
Take my hand
We'll walk a while
Feel my love
Always there beside you
Be the one
I know you'll tell me everthing
You are the one
I cherish more than anything
I love you more than you'll ever know
I love you more than you'll ever see
More than my heart could ever show
Think of me
And know that i'll be believe in you
There'll always be
This precious time together
With ever tear
A love so strong
No words could ever say
A love to last forever..
Hello readers (!)
Malam neh mood dalam keadaan yang baik dan masih terkawal.Hehe.Ada orang kate kalau laki neh pandang perempuan tue nampak manis and sopan,surely punyelah hati akan terpaut.Pasti punyelah perempuan tue manja.Yelah, laki mana la pulak kan yang tak suka kalau perempuan camtue.Ehem-ehem.Dengan ini aku nak menyatakan la,tue bukan ciri-ciri yang ada aku lah.Tak berminat ngan aku???Huh! ada aku kisah la plak kan..tak kisah sudah..boleh bla..Hahaha.Aku rasa tak perlu kowt aku nak ubah diri aku semata-mata sebab orang lain.Selagi aku tau apa yang aku buad tue tak salah,aku takkan berubah.Buad apa nak berubah untuk orang lain.Just be yourself ryte?Yang pati penat rasenye nak jadi plastik untuk diri orang lain.Alaa , lambat laun orang akan tau jugak.Sampai bila la sanggup nak berlakon gitu kan..
*sigh
Tapi jangan salah sangka pulak dengan perempuan yang ala-ala maintain cool.Nampak je muka ganas,kasar tapi dalam hati ada taman woo..Seriously kalau dah nama pon perempuan akan ada jugak kelembutan dalam diri .Tak boleh nak lari dari kenyataan.Maybe cara pembawakan diri tue yang buat die nampak kasar.Tapi this type jarang-jarang la nak jumpe.Bak kate my BOO, "awak neh pelik la".Tak pernah lagi jumpe and dapat orang cam awak neh.Haa..susahkan?Satu dalam sepuluh.Hehe..So,kire jenis yang macam neh limited edition gak la erk.Yes ! Awak,awak kena jaga saye baik-baik.Sebab jenis macam saye neh tak banyak.Jarang-jarang nak ada.Kuikui.Terperasan la pulak.
AWAK~~~
Thanks ye sebab awak telah berusaha keras untuk menerime saye dengan seadanya saye neh.Kasar,garang,susah nak senyum,suka menjeling(benda yang paling awak akan engat sampai mati.kan?)bla bla and bla..!Sorry sebab bila jumpe saye selalu buad awak.Hehehe..Mesti susah kan dapat perempuan macam neh.Mesti dalam hati awak kate "datang dari planet mana la perempuan neh".Hehe...at last awak sayang saye!Thanks a lot.Walaupon kite baru je kenal,tapi awak dah banyak kenal siapa saye.And thanks jugak sebab awak ada ngan saye tyme susah dan senang.Hope sampai bila-bila.Sayang awak sampai MATI !
p/s : Jangan senyum sorang-sorang bila baca neh.You know who you're!
Wednesday, 25 January 2012
After a few days tak meng"update" hari neh tetibe pulak rasa ada benda yang nak dibebelkan..Hiew hiew hiew(gelak gatai !)Ada aku kisah apa orang lain nak kate(?)Erm , last week merupakan minggu yang agak stress untuk aku walaupon banyak je benda-benda yang menggembirakan aku actually (',').
Lets..
Dalam dunia neh memang banyak ujian.Terpulang pada cara kita untuk menerime .Setiap benda yang berlaku tue pasti ada sebab yang tertentu.Kadang-kadang memang nampak perit untuk kite terime but at the end of the day kita akan rase bersyukur giler sebab kita telah diberi peluang untuk membaiki kesilapan.Atleast kita diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan kita even tak sebesar mana pon.
Kepada orang-orang sekeliling yang dah banyak berusaha untuk sedarkan aku,thanks a lot.Aku sangat-sangat hargai walaupon at the first korang agak terasa ngan cara aku terime kritikan korang tue.Bukan nak tunjuk yang aku neh xboleh ditegur or what,tapi memang tue cara aku.Aku memang akan sentap kalau orang yang baru aku kenal,orang yang aku sayang or apa-apa jela tegur aku.At the first jela.Pastue aku akan ok la balik,and mula berfikir salah dan betol apa yang korang cakap tue.Senang cakap aku neh sangat COMPLICATED! Aku sendiri mengaku yang kadang-kadang aku pon tak faham dengan diri aku neh.Apa sebenarnye kemahuan diri aku.
Sombong then tak suka nak senyum.Tue la yang selalu aku dengar orang cakap tentang diri aku bila someone tue tak kenal aku."TAK KENAL MAKA TAK CINTA".Fahamkan ayat tue sebelom ada yang menilai tentang aku.Pada yang dah kenal aku,korang tau kan aku neh jenis camner.Nampak kasar,tapi hati cepat nak sentap..Sikit-sikit nak nangis.Yes!thats me(',')Macam MFAB kate,aku neh sangat complicated,susah nak diramal.Kadang-kadang benda yang kecik pon aku boleh jadikan macam benda yang besar.Gurau-gurau yang biasa pon kalau dah hari tue aku rasa nak touching,aku akan touching bagai nak rak.Huhu..tue la,susah jadi orang cam aku neh.UNTUNGlah~~~ sapa jadi laki aku,nak layan kerenah memang penat la.( :D )
HATI dan AIRMATA tolong kuad untuk aku.Jangan senang-senang sangat nak mengalir nak touching.HATI , bukan senang nak menerime tapi kena jadi sekeras-kerasnye untk menerime.Okey(?)AIRMATA , tolong jangan mengalir laju sangat macam xde break.Tak pasal-pasal, muka ganas tapi lembik.Cepat sentap(!) Haha..malu.
"Aku adalah Aku yang berselindung disebalik Aku"
Sunday, 22 January 2012
Tonight,my heart not functioning well.Apalah yang tak kena aku pon taktau.Ada something wrong somewhere lah(!) Hati tak tenang,rasa serba salah.Huh ~Tensionnye aku..
Silap aku ke yang menerima(?) Atau silap aku ke yang memberi peluang(?) Yes(!) xde yang perfect dalam dunia neh but aku berusaha untuk menjadi orang yang sempurna.Bukan pada keluarga aku je but for those yang kenal aku.Yelah , mana ada orang yang jahat nak kekal terus jadi jahat mesti akan terdetik dalam hati nak jadi baik walaupon sebesar kuman. Thats what im trying to do now(!) walaupon sangat perit and pedih untuk diterima.Bukan aku mintak untuk diagung-agungkan dengan usaha yang aku buat neh,atleast aku memberi peluang kepada diri untuk aku mencuba melepaskan sesuatu yang aku sayang kepada yang lebih memerlukan.Tue niat aku and takde sebab yang lain.
Kepada "AWAK" insan yang terpaksa menerima keputusan neh,saye mintak maaf sesangat.Takde niat nak menggores hati AWAK.Saye sayang AWAK.It hurts to think of how we were before.We used to have so much fun but now there's big wall between us which we cant break.I just want you to know that behind that wall,there's a heart in pain trying to reach you again but we don't have the second chance.Hope awak tabah and kuad ye(?) Mungkin AWAK boleh salahkan saye sebab dah kecewakan AWAK dan saye terime sume tu.Bukan pasrah tapi saye REDHA!
Kepada "AWAK" insan yang telah saye sakiti dan mungkin yang kecewa dengan keadaan sekarang saye mintak maaf jugak.Now, saye serahkan semula apa yang sepatutnye menjadi milik AWAK.Saye mintak maaf seandainya saye telah mengguris hati AWAK.Hope AWAK dapat jaga dia dengan sebaik mungkin sebab saye dah pon kecewakan die untuk AWAK.Tolong hargai dia dengan sebaik mungkin.If u can, i appreciate that so much dear(!)
p/s : kepada HATI relakan ia dengan seikhlas hati agar takkan ada lagi rasa kecewa didalammu.Pasrahkan ia dengan sejujurnya agar tiada lagi rasa cutiga.Kata hati merayu aku pergi meninggalkan dirimu tapi aku tak berdaya namun aku terpaksa(!)
#especially to MFAB.You know this entry is for you. <3#
Friday, 20 January 2012
Thanks sangat kepada AWAK dan AWAK sebab awak dah tunjukkan saye pada satu kebenaran yang sangat jelas dan BERAT untuk diterima.
Kepada AWAK,sebagai insan yang pernah hadir dalam hidup saye,hope AWAK bahagia dengan cara macam neh.Terima kasih dengan setiap alasan dan penipuan yang AWAK dah bagi dulu.Setiap kata-kata harapan yang AWAK bagi.You know what, it hurts to love in vain, hurts even more to know that the one i love is loving someone else. But what hurts most is finding out that you love someone else which i know who is her.The person that i always asking to you.Should i realize it early when you starting to close at her and now,seriously i cannot to see both of you anymore.It's hurt~~Oh My God ! Please give a miracle (',')/
Kepada AWAK yang telah berjaya merungkai satu kebenaran yang dah lama terpendam saye sangat-sangat berterima kasih ngan awak.Bukan meletakkan kesalahan neh pada AWAK, tapi rasa kecewa terhadap segala kebaikan dan rasa keprihatinan yang telah awak tunjukkan pada saye.Mungkin terlalu naif kalau saye meletakkan 100% kesalahan neh pada AWAK.Tapi sebagai perempuan AWAK patot tau apa yang saye rase.Rase macam mana kalau AWAK kat tempat saye.
Kepada HATI ,
You have to let go when you feel you are hurting too much. You have to give up when love is not enough. You have to move on when things are not like before. Because there is someone out there who will love you even more.Kepada KENANGAN ,
It hurts to think of how we were before. We used to have so much fun but now there’s this big wall between us which we can’t break. I just want you to know that behind that wall, there’s a heart in pain trying to reach you again.
Its hard to accept,but i cant change the past.I cant go back and manipulate things to be the way i wanted them to happen because life the meaningless and boring and just not worth living.But i can change the future and thats a beautiful thing about life.Yes, i will make mistakes and yes i will have bad days but as long as i let the past go,i will have a such a gorgeous and bright future ahead of me.Knowing that things were meant to happen.Knowing that each day i will learn something so that i keep growing to be a better person.Life is like a rope , twined in all its complexities and yet weaved into one marvelous stream that i have the chance.so,i grab hold of it.
Friday, 13 January 2012
Fuhh..fuhhh , dah berhabuk dah bersawang dah blog neh(!) Malas betol la si mira neh nak update.(- . -) Apo nak dikato..LOl (!)
Thanks my sunshine coz adanya awak saye dah berjaya mengUPDATE belog yang dah bersawang neh.Hehehe (',') . Sekarang saye dah ada matahari.Dah tak gelap dah..Terang je...Hiew hiew.Kalau boleh nak jadi bulan untuk awak...Nak teman awak..Awak kan takot gelap.Hahahah..
Seriously,i can be who i am bila dengan awak.No need to be the another person.Walaupon agak complicated you know what i feel ryte.?Jangan kate tak..sekeh kepala nanti baru tau.
------------------------
Kenapa baru sekarang?Kenapa tak dari dulu?Hurm..now, apa yang pasti just follow the flow jela.Thanks coz faham dengan keadaan sekarang neh walaupon kadang-kadang saye tau awak terluka.Tapi bukan tue balasan yang saye nak bagi kat awak.Now, i hope i can give the best for you.The rest,kita berdoa je..Kita hanya mampu merancang je Allah yang menentukan.Can sunshine?Hiew hiew hiew...(',')
p/s : Jangan pernah berputus asa.Andai kita tak dijodohkan bersama,tentu ada yang lain menanti awak.Yang lebih baik dan yang lebih sempurna untuk awak.
Subscribe to:
Posts (Atom)