Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan yang tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.Dia mendapati ayah kepada seorang budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang menunggunya.Apabila si ayah melihat doktor itu,die terus bertekak.
"kenapa ambil masa yang lama untuk datang?"
kamu tahu kan yang anak saya dalam bahaya?
kamu tak ada rasa tanggungjawab ke?
Dengan tersenyum lalu doktor menjawab "saya minta maaf,saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan.Dan sekarang saya minta anda bertenang supaya saya dapat buat kerja saya."
"bertenang kamu kata ???"
kalau anak kamu yang berada dalam bilik tue sekarang apa yang kamu rasa?Boleh kamu bertenang??
kalau anak kamu mati sekarang neh apa kamu buat??
doktor hanya tersenyum dan berkata:
saya akan tersenyum dan berkata bahawa Allah telag berfirman dalam kitab yang suci
"daripada Allah kita datang dan kepadanya kita kembali"
doktor tidak mampu memanjangkan hayat seseorang..
--------------------pembedahan itu mengambil masa beberapa jam---------------------------------
Tidak lama kemudian doktor keluar dengan gembira "alhamdulillah anak anda selamat"dan terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah.
"kenapa doktor tue sombong sangat"
"tak boleh ke die tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya??"
Jururawatberkata sambil airmata mengalir dipipinya.
Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya.Dia berada dalam upacara pengebumian anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik.Dan sekarang dia telahpon menyelamatkan nyawa anak encik,die tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumian anaknya.
No comments:
Post a Comment